Program Belia Cinta Tanah Air Fasa 1... (Part 2)

Program Belia Cinta Tanah Air bagi Fasa 1 ini adalah di sempenakan dengan menaikkan bendera besar Negara Brunei Darussalam yang mana mengambil tempat ke empat empat daerah dan para peserta dari daerah masing-masing telah pun berarak mengelilingi pekan atau bndar masing-masing seperti mana yang di adakan di Daerah Temburong para peserta memulakan perarakkan sejurus sahaja menerima bendera daripada tetamu kehormat majlis semasa acara menaikkan bendera besar di kawasan lapang hadapan dewan belalong kompleks kemasyarakatan Daerah Temburong.

Terdapatnya beberapa buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO's) telah pun sama sama menjayakkan program ini iaitu daripada Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Bomba dan Penyelamat (latian Kawad), Polis (Kawalan Lalu Lintas), Badan Sukarelawan Belia Kebangsaan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Daerah Temburong.

Adapun perarakkan ini mengambil masa lebih kurang 45 minit yang mana meraka berarak mengelilingi Pekan Bangar Daerah Temburong (sejauh 3km) dan berakhirnya di Pusat Belia, Pekan Bangar Daerah Temburong. Selepas sahaja sampainya ke Pusat Belia para peserta merehatkan diri dan seterusnya makan tengaharinya dan sebelah petangnya pula begerak menuju ke Kampong Selapon, Mukim Batu Apoi Daerah Temburong bagi membuat perarakkan lagi.

Untuk itu next post lagi ku upload all the pics masa d kampong tersebut untuk itu .. Chowzz!!