Program Belia Cinta Tanah Air Fasa 1... (Part 1)

Sekali lagi Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah menganjurkan Program yang berunsurkan patriotik cinta kan tanah air yang mana telah melibatkan para belia-belia di negara ini. Program ini adalah buat kai ke 4 di adakan di semenakan dengan menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan ianya adalah di kendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam. Seperti lazimnya program ini mempunya 3 Fasa iaitu Fasa 1 - Menaikkan Bendera ( di Daerah masing-masing ), Fasa II - Menyertai perbarisan lalu ( semasa menyambut Hari Kebangsaan ) dan Fasa III - Berkhidmat untuk Masyarakat ( peserta begerak ke daerah-daerah ).

Alhamdulilah tahun ini penyertaan para belia di Daerah Temburong pada tahun ini meningkat dan menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta telah mengikut program ini bagi Fasa 1 dan sebelumnya berjalannya acara mereka telah sibuk untuk membuat persediaan terakhir dan memastikn semuanya berjalan degan lancar dan alhamdulilah juga cuaca pada hari tersebut amat cerah dan baik ....

Tetamu kehormat pada majlis terebut yang mulia Awang Haji Harith bin Othman (Pemangku Pegawai Daerah Temburong). Turut hadir bagi acara tersebut ialah pegawai dan kakitangan Jabatan-Jabatan Kerjaan di Daerah Temburong.

Acara di mulakkan dengan pearakkan membawa bendera besar yang mana di ketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Temburong dan di iringi oleh ketua-ketua kampong Daerah Temburong serta di meriahkan lagi dengan perbarisan para peserta Program Belia Cinta Tanah Air. Seterusnya bendera besar itu di bagikan kepada tetamu kehormat majlis dan tetamu kehormat majlis telah menyampaikan kepada Pasukan Polis yang mana bertanggungjawab untuk menaikkan bendera tersebut.

Sejerus sahaja menyanyikan lagu Kebangsaan beramai-ramai... kumpulan koir Sekolah Menengah Sultan Hassan Temburong telah menyanyi satu lagi patriotik yang mana juga diikuti oleh semua yang hadir pada hari tersebut.

Dalam acara tersebut tetamu kehormat talah memberikan bendera kepada Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Temburong dan seterusnya kepaa perwakilan peserta Program Belia Cinta Tanah Air dan selepas itu para peserta program bersedia untuk berarak mengelilingi Pekan Bangar Daerah Temburong.

Ok for now atu saja dulu yang ku dapat share ... c u next part Chowzz!!