
Program Belia Cinta Tanah Air bagi Fasa 1 ini di teruskan lagi dengan pengagihan bendera kepada rumah rumah yang di kenal pasti dan seperti mana yang di rancang Kampong selapon, Mukim Batu Apoi di pilih sebagai tempat bermula pembahagian bendera kerumah rumah. Acara ini berlangsung selesai sahaja perarakkan mengelilingi Pekan Bangar Daerah Temburong dan para peserta terus menuju ke tempat tersebut. Tetamu Kehoramat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah Temburong.



Di kampong Selapon para peserta memulakan perarakkan bermula daripada Sekolah Rendah Kampong Selapon menuju ke Balai Raya Kampong Selapon yang mana mengambil masa dalam 10-15 minit perjalanan dan sampai sahaja di balai raya para peserta mengambil tempat untuk upacara menaikkan bendera.








Seperti mana yang lazim di lakukan adalah salah satu kebiasaan bila bermulanya menaikkan bendera besar di daerah-daerah, setiap mukim dan kampong akan melangsungkan upacara menaikkan bendera dan acara ini diteruskan dengan upacara menaikkan bendera di Mukim Batu Apoi yang mana bendera tersebut diserahkan oleh Penghulu Mukim Batu Apoi kepada perwakilan peserta program ini yang mana disaksikan oleh tetamu kehormat sendiri. Seperti biasanya selesai acara menaikkan bendera doa selamat di bacakan oleh Imam Masjid Batu Apoi.







Bagi memulakan pembahagian bendera kerumah rumah yang dikenal pasti... Tetamu Kehormat majlis telah mengepalai perarakkan dengan menuju kerumah rumah sebanyak 3 buah rumah dan seterusnya tetamu kehormat sendiri telah memacakkan bendera tersebut ketempat yang disediakan.












Adapun tujuan program ini di adakan ialah untuk membimbing para belia dan orang ramai dengan aktibiti aktibiti yang berunsurkan patriotik dan di samping itu juga para belia di ajar untuk membuat perkara yang berfaedah dan berkabjikan dengan mengadakan Kerja Kemasyarakatan iaitu membisaikan lagi Kawasan Balai Raya Kampong Selapon dan membuat Kerusi wakaf untuk balai raya tersebut.Dan seperti biasa sesi begambar ramai bersama tetamu kehormat majlis dengan para peserta program ini di adakan bagi kenangan kenangan..... Oklah atu saja yang ku dapat share buat masa ani more 2 come actually abt this program ... c wen i c u Chowz!!