Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan 2009 Peringkat Daerah Temburong ...

Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan Peringkat Daerah Temburong telah di adakan pada 24hb April 2009 (Hari Jumaat) di Dewan Belalong, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Temburong yang mana program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong dengan Kerjasama Persatuan Pertiwi Daerah Temburong. Program ini adalah salah satu program tahunan jabatan ini yang mana ianya adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada belia yang berumur lingkungan 18-24 khususnya di Daerah Temburong itu sendiri. Manakala bagi peserta yang berjaya mengumpul markah yang di syaratkan akan memasuki pusingan separuh akhir nanti yang mana akan di adakan dalam bulan june 2009 dan Daerah Brunei Muara akan menjadi tuan rumah pada acara tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mail, Ketua Pegawai Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

Sebelum acara di mulakan bagi memberkati majlis, Tuan Imam telah mengepelai bacaaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai. Pemangku Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan selepas itu tetamu kehormat majlis pun menyampaikan ucapan.

Seramai 4 peserta Qari dan 5 orang peserta Qariah mengikuti pertandingan ini yang mana kesemua peserta ini adalah belia yang masih menuntut di institusi yang berlainan. Pada tahun ini penyertaan bagi pertandingan ini adalah meningkat jika di bandingkan dengan tahun lepas dan sini menunjukkan bahawa adanya belia yang minat dalam mengikuti aktiviti ini.

Seramai 5 orang Hakim telah dilantik pada acara ini yang mana hakim hakim ini adalah terdiri daripada guru guru ugama yang mengajar di Daerah Temburong yang bertanggungjawab memberikan keputusan yang terbaik bagi peserta yang mengikutinya.

Alhamdulilah majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, dan keputusan para peserta qari dan qariaah pada tahun ini adalah meningkat. Tidak lupa juga mengucapkan tahniah kepada peserta qari dan qariaan yang johan pada tahun ini dan sekali lagi tetamu kehormat majlis telah menyampaikan hadiah kepada pemenang serta sijil penyertaan dan juga kepada hakim yang dipertanggungjawabkan. Lastly gambar peserta qari dan qariah yang mengikuti pertandingan ini.

Pertandingan B@ktif 2009 ...

Pertandingan Belia Aktif atau ringkasannya B@ktif ialah salah satu aktiviti yang di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam yang mana pertandingan ini adalah kali ke tiga di adakan. Dalam pertandingan ada mempunyai 3 fasa iaitu fasa 1 menghadapakan kertas kerja aktiviti, fasa 2 pembentangan kertas kerja oleh kumpulan yang menyertai dan fasa 3 ialah perlaksanaan projek atau aktiviti. Dalam aktiviti ini para belia di galakkan mengikuti pertandingan ini yang mana pasukan atau kumpulan yang terpilih dalam fasa 3 akan melaksanakan projek atau aktiviti tersebut dengan bantuan kewangan yang di sediakan oleh Jabatan Belia dan Sukan, walaubagaimanapun pertandingan ada mempunyai syarat-syarat yang tertentu untuk layak ke fasa fasa yang disediakan oleh pihak penganjur sendiri.

Fasa II bagi pertandingan ini telah dilancarkan oleh Yang Mulia Haji Abdul Malik bin Haji Mohammad, Ketua Pegawai Belia dan Sukan (Belia). Dengan pelancaran tersebut para peserta atau kumpulan yang terpilih akan membentang kertas kerja masing-masing dengan sesi soal jawab bersama ahli panel hakim yang dipertanggungjawabkan.

Sebelum perbentangan kertas kerja di buat, Setiausaha pertandingan ini telah menyampaikai satu taklimat tentang pertandingan ini dengan sesi kongsi pengalaman bersama bekas pemenang pertandingan ini tahun 2008 dan seterusnya sesi soal jawap.

Di antara syarat-syarat semasa perbentangan di adakan ialah menjaga masa yang tersedia yang mana setiap kumpulan akan di beri masa sebanyak 15-20 minit sahaja dan sesi soal jawap dengan panel hakim dijalankan selepasa itu. Hakim yang dipertanggungjawabkan sepanjang pertandingan ini diadakan ialah terdiri daripada Pegawai Jabatan Belia dan Sukan yang mana berpengalaman dengan mengendalikan projek atau aktiviti belia di negara ini.

Gambar-gambar di atas adalah suasana semasa ahli kumpulan membentangkan kertas krja mereka dan Sebanyak 14 kumpulan sahaja yang layak untuk meneruskan dengan memasuki fasa yang ke III which is akan di maklumkan semasa pelancaran official website B@aktif pada 26hb April 2009 ini.

Program Strategi Pembangunan Diri dan Organisasi Berkualiti (IPA) ... 13-16/4/09


Program Strategi Pembangunan Diri dan Organisasi Berkualiti ini ialah salah satu program yang di kendalikan oleh Institute Perkhidmatan Awam yang mana setiap peserta kursus adalah di wakili berlainan organisasi yang mana saya telah mewakili dari Jabatan Belia dan Sukan. Sebanyak 29 orang telah menyertai program ini yang mana di jalankan sepenuh masa di IPA selama 4 hari. Adapun salah satu tujuan program ini adalah untuk meningkatkan lagi keyakinan diri serta keberkesanan menjalankan sesuatu tugas yang di pertanggungjawabkan dengan pelbagai cara yang berkesan dan teratur.

Sepertia biasalah our first day memang malu malu segan segan sal inda kenal dengan sorang sorang kan and masa sesi pengenalan diri kami di suruh kehadapan mengenalkan diri n yang uniknya dalam program ani kami kena suruh menyanyi apa saja lagu semasa pengenalan diri atu ... pisannn jua tu hahah inda pandai menyanyi pun mestimenyanyi.

Seperti lazimnya jua sebelum memulakan sesuatu aktiviti kami di bahagikan kepada 4 kumpulan yang mana terdiri daripada Kumpulan Killer Beez (GoooOOoo BeeEEEeZZZzz), Kumpulan Pelanduk Napu 7 (Pelaaaanddduuuukkk Pinnnnntarrr), Kumpulan Biar Luput Jangan Cabut (HaaaaaAaaYaaa BeeeEEeNnna) dan Kumpulan Mawar (XXxxtTTTrraaa-VaaaGaannZaa).

All i can say is program ani siukkk berabis plus banyak mengajar and keberkesanannya adalah sangat luar biasa hehehehhee :P .... anyway thanx to HM Reizal (Captain Achai) kerana telah berkesanggupan menggambar segala yang berlaku sepanjang kursus ani which is dapat menjadi kenangan yang terindah buat kami semua .....

Futsal Amal @ Tembird ...

Relax....

Its Sunday ....