Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan 2009 Peringkat Daerah Temburong ...

Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan Peringkat Daerah Temburong telah di adakan pada 24hb April 2009 (Hari Jumaat) di Dewan Belalong, Kompleks Kemasyarakatan Daerah Temburong yang mana program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong dengan Kerjasama Persatuan Pertiwi Daerah Temburong. Program ini adalah salah satu program tahunan jabatan ini yang mana ianya adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada belia yang berumur lingkungan 18-24 khususnya di Daerah Temburong itu sendiri. Manakala bagi peserta yang berjaya mengumpul markah yang di syaratkan akan memasuki pusingan separuh akhir nanti yang mana akan di adakan dalam bulan june 2009 dan Daerah Brunei Muara akan menjadi tuan rumah pada acara tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mail, Ketua Pegawai Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong.

Sebelum acara di mulakan bagi memberkati majlis, Tuan Imam telah mengepelai bacaaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai. Pemangku Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan selepas itu tetamu kehormat majlis pun menyampaikan ucapan.

Seramai 4 peserta Qari dan 5 orang peserta Qariah mengikuti pertandingan ini yang mana kesemua peserta ini adalah belia yang masih menuntut di institusi yang berlainan. Pada tahun ini penyertaan bagi pertandingan ini adalah meningkat jika di bandingkan dengan tahun lepas dan sini menunjukkan bahawa adanya belia yang minat dalam mengikuti aktiviti ini.

Seramai 5 orang Hakim telah dilantik pada acara ini yang mana hakim hakim ini adalah terdiri daripada guru guru ugama yang mengajar di Daerah Temburong yang bertanggungjawab memberikan keputusan yang terbaik bagi peserta yang mengikutinya.

Alhamdulilah majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, dan keputusan para peserta qari dan qariaah pada tahun ini adalah meningkat. Tidak lupa juga mengucapkan tahniah kepada peserta qari dan qariaan yang johan pada tahun ini dan sekali lagi tetamu kehormat majlis telah menyampaikan hadiah kepada pemenang serta sijil penyertaan dan juga kepada hakim yang dipertanggungjawabkan. Lastly gambar peserta qari dan qariah yang mengikuti pertandingan ini.