Derma Darah 2009 ...

Bantuan Derma Darah ini adalah salah satu projek yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong yang mana ianya di adakan pada 9hb mei 2009 yang lepas bertempat di pusat belia daerah tutong. Adapun projek sebegini adalah untuk menggalakkan lagi para orang ramai khususnya belia supaya akan dapat membuat sesuatu yang berfaedah lagi berkebajikan ini, bukan saja ianya dapat membantu orang lain tetapi ianya juga membolehkan membantu kita sendiri khususnya dari segi kesihatan.

Adapun pada hari tersebut pendaftaran dibuka se awal jam 8 pagi tetapi ada jua orang ramai datang awal sebelum jam tersebut, ini menunjukkan bahawa bertapa pentingnya dan juga betapa pekanya orang ramai untuk membantu orang yang memerlukan. Anatara yang ikut serta merderma pada hari tersebut ialah para pegawai dan kakitangan kerajaan dan juga tidak ketingalan dari syarikat swasta dan persendirian.

Sebelum para penderma mendermakan darah, terlebih dahulu mereka di periksa kesihatan dari kementerian kesihatan itu sendiri bagi membuktikan yang mereka atu dapat menderma atau inda, walaubagaimanapun terdapat para penderma yang hendak menderma tidak dapat meneruskan atas sebab-sebanya tertentu.

Seramai 122 orang penderma yang mendaftar pada hari tersebut dan 90 plus saja yang dapat meneruskan menderma darah walaubagaimanapun pada tahun ini mengikut stastik yang ada para penderma adalah semakin meningkat dari setahun ke setahun.