Pertukaran Belia BM dan TEMB (24-25/12/08)

Sekali lagi Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Brunei Muara khususnya Kelab Pusat Belia masing masing telah mengadakan satu aktibiti yang di namakan Pertukaran Belia Brunei Muara dan Belia Temburong yang mana di adakan di Daerah Temburong. Adapun tujuan untuk di adakan aktibiti ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahhim di kalangan belia belia kedua-dua daerah ini di samping beriadah, berkenalanan, bertukar-tukar pendapat dan aktibiti ini di adakan adalah sempena cuti penggal persekolahan.

Dalam aktibiti ini seramai 29 orang belia plus pegawai pengiring datang dari Daerah Brunei Muara dan selebihnya adalah belia belia dari Daerah Temburong. Sebaik sahaja datang rombongan dari BM mereka telah di sambut oleh sebahagian daripada ahli kelab pusat belia Daerah Temburong. Sepanjang aktibiti ini di jalankan kesemua rombongan ini telah tinggal di pusat belia Daerah Temburong dan sejurus mereka sampai di pusat belia Daerah Temburong mereka telah di beri taklimat oleh Pen. Penyelia Pusat Belia Daerah Temburong.

Salah satu aktibiti yang telah di rancang dan di susun dalam program ini ialah mendaki bukit selang kaca kampong puni Daerah Temburong yang mana aktibiti ini telah meliabatkan penduduk kampong khususnya belia belia kampong itu untuk sama sama lagi memeriahkan dan meramaikan lagi aktibiti tersebut dan dalam aktibiti ini juga mereka berpeluang untuk memasuki GUA yang terdapat di bukit tersebut. Kira kira dalam anggaran seramai 80 orang yang telah mendaki bukit tersebut. Oh yea... gambar gambar semasa mendaki bukit ani inda ada salnya ku inda ikut naik ahhh alum fit bah hahaha :P

Pada sebelah malamnya pula aktibiti yang berunsur ramah mesra telah di adakan iaitu BBQ bersama mereka yang terlibat dan siuk lah malam atu ramai orang datang terutama sekali penduduk kampong puni yang terlibat semasa mendaki bukit atu pun datang dan semasa BBQ anitah lagi mereka berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan bertukar tukar pandangan dan pendapat masing-masing.

Dan pada malam atu jua selepas saja abis BBQ satu aktibiti yang berunsur interaksi di adakan bagi mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam lagi dan di samping itu having fun with games yang cali cali dan siuk hehe....

Pada keesokkan harinya seperti biasa dan lazimnya apa sahaja aktibiti yang berunsurkan kebeliaan mereka ani di mestikan untuk bangun awal untuk menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan dan selepas itu mengadakan senaman ringan dan menikmati suasana pagi di Daerah Temburong yang tenang dan udara yang fresh berabis hehe :P

Dan aktibiti terakhir sekali ialah mendaki bukit patoi Daerah Temburong yang mana ini adalah salah satu tempat rekreasi dan juga salah satu tarikkan pelancong untuk datang ke Daerah ini dan sepertinya biasa jua inda jua ku dapat naik memandangkan ku ada hal yang perlu di uruskan lagi o ku inda fit jua lah kan naik hahaha but alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar jua lah dan hopefully di kind of aktibiti dapat di adakan di masa masa akan datang.

Oklah atu saja kali dulu yang ku dapat share ... Chowzzz!!

Mari Memasak .... (20/12/08)

Aktibiti memasak sehari bersama remaja adalah salah satu aktibit yang di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan dan kali ini ianya di adakan di Daerah Temburong dan Kampong Belais adalah lokasi yang di pilih untuk menjalankan aktibiti tersebut. Ini adalah gabungan remaja dari tiga Daerah iaitu Daerah Tembuorng, Daerah Tutong dan Daerah Brunei Muara. Adapun tujuan mengadakan aktibiti ini adalah memberi peluang dan pengalaman baru kepada remaja yang meminati dalam bidang ini walaubagaimanapun ia juga adalah aktibiti yang berunsurkan pengajaran espcially pembelajaran dalam membuat makanan tradisi 'barunai'.
During this aktibiti para peserta dari Daerah Tutong, Daerah Brunei Muara telah menngunakan speedboat untuk pergi ke Temburong dan seperti biasa ia mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke Daerah Temburong. Seperti lazimnya juga para penumpang speedboat hendaklah menggunak life jacket atas dasar keselamatan dan juga adalah salah satu syarat yang mesti di patuhi semasa mengikuti speedboat.

Ini adalah suasana Kampong Belais... oh yea tempat ani sebenarnya adalah pondok-pondok penduduk kampong di sana yang mana mereka sendiri mendirikan pondok pondok yang berhampiran dengan sungai. Salah satu aktibiti yang boleh di buat di sini ialah memancing merambat bahkan buleh jua CHILL hehe ..... pondok pondok ani open untuk orang ramai untuk menyewa dengan kadaran bayaran tertentu.

Seramai 32 orang peserta remaja termasuk lelaki dan perempuan yang mengikuti aktbiti ini, as u can see picture above atu masa durang membuat pendaftaran dan seterusnya mendangar taklimat daripada pihak Majlis Perunding Kampong Belais dan Buda-Buda dan selesai sahaja taklimat dan pembahagian kumpulan para peserta dan ahli jawatankuasa yang hadir pada msa itu menikmati jamuan ringan.

Anatara tunjuk cara yang di ajar pada masa itu ialah membuat kuih PENYARAM (nyaman kali ahh kalau di makan panas panas hahaha :P), MENGANYAM KETUPAT, MEMBUKUS WAJID dan cara membuat barang barang dari manik untuk buah tangan. Kesemua yang mereka belajar ani adalah masakan tradisi orang barunai yang mana ianya adalah baik untuk mendedahkan kepada para remaja untuk mengetahuinya dan sebagainya.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Isteri Pemangku Pegawai Daerah Temburong yang mana beliau telah menyempurnakan majlis tersebut dengan menyampaikan sijil kepada para peserta yang mengikuti aktibiti ini dan juga tidak ketinggalan kepada para tenaga pengajar yang meluangkan masa mereka untuk sharing pengalaman dan pengetahuan kepada para peserta yang mengikutinya.

Ok lah atu saja dulu ... chowz!!