Pertukaran Belia BM dan TEMB (24-25/12/08)

Sekali lagi Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Brunei Muara khususnya Kelab Pusat Belia masing masing telah mengadakan satu aktibiti yang di namakan Pertukaran Belia Brunei Muara dan Belia Temburong yang mana di adakan di Daerah Temburong. Adapun tujuan untuk di adakan aktibiti ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahhim di kalangan belia belia kedua-dua daerah ini di samping beriadah, berkenalanan, bertukar-tukar pendapat dan aktibiti ini di adakan adalah sempena cuti penggal persekolahan.

Dalam aktibiti ini seramai 29 orang belia plus pegawai pengiring datang dari Daerah Brunei Muara dan selebihnya adalah belia belia dari Daerah Temburong. Sebaik sahaja datang rombongan dari BM mereka telah di sambut oleh sebahagian daripada ahli kelab pusat belia Daerah Temburong. Sepanjang aktibiti ini di jalankan kesemua rombongan ini telah tinggal di pusat belia Daerah Temburong dan sejurus mereka sampai di pusat belia Daerah Temburong mereka telah di beri taklimat oleh Pen. Penyelia Pusat Belia Daerah Temburong.

Salah satu aktibiti yang telah di rancang dan di susun dalam program ini ialah mendaki bukit selang kaca kampong puni Daerah Temburong yang mana aktibiti ini telah meliabatkan penduduk kampong khususnya belia belia kampong itu untuk sama sama lagi memeriahkan dan meramaikan lagi aktibiti tersebut dan dalam aktibiti ini juga mereka berpeluang untuk memasuki GUA yang terdapat di bukit tersebut. Kira kira dalam anggaran seramai 80 orang yang telah mendaki bukit tersebut. Oh yea... gambar gambar semasa mendaki bukit ani inda ada salnya ku inda ikut naik ahhh alum fit bah hahaha :P

Pada sebelah malamnya pula aktibiti yang berunsur ramah mesra telah di adakan iaitu BBQ bersama mereka yang terlibat dan siuk lah malam atu ramai orang datang terutama sekali penduduk kampong puni yang terlibat semasa mendaki bukit atu pun datang dan semasa BBQ anitah lagi mereka berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan bertukar tukar pandangan dan pendapat masing-masing.

Dan pada malam atu jua selepas saja abis BBQ satu aktibiti yang berunsur interaksi di adakan bagi mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam lagi dan di samping itu having fun with games yang cali cali dan siuk hehe....

Pada keesokkan harinya seperti biasa dan lazimnya apa sahaja aktibiti yang berunsurkan kebeliaan mereka ani di mestikan untuk bangun awal untuk menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan dan selepas itu mengadakan senaman ringan dan menikmati suasana pagi di Daerah Temburong yang tenang dan udara yang fresh berabis hehe :P

Dan aktibiti terakhir sekali ialah mendaki bukit patoi Daerah Temburong yang mana ini adalah salah satu tempat rekreasi dan juga salah satu tarikkan pelancong untuk datang ke Daerah ini dan sepertinya biasa jua inda jua ku dapat naik memandangkan ku ada hal yang perlu di uruskan lagi o ku inda fit jua lah kan naik hahaha but alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar jua lah dan hopefully di kind of aktibiti dapat di adakan di masa masa akan datang.

Oklah atu saja kali dulu yang ku dapat share ... Chowzzz!!