Program Belia Cinta Tanah Air Fasa III (Part 1)

Program Belia Cinta Tanah Air Fasa III adalah salah satu program yang bersempenakan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan dalam Fasa III ini adalah berlainan dengan Fasa I dan II. Dalam Fasa III ini seramai 160 orang belia dari keempat empat daerah telah menyertai progam ini yang mana dalam fasa ini tujuan utamanya ialah berkhidmat untuk masyarakat. Aboce picture ani ialah suasana pada hari pertama program ini berjalan yang mana bermula pada 22hb february 2009 dan semua peserta keempat empat daerah ini berkampong di Perkampongan Sukan Negara Brunei Darussalam. Pada hari pertama program ini para peserta membuat registration selepas itu mendegar taklimat mengenai program ini dan sebelah petangnya para peserta mejalani latihan Kawad Kaki bagi Perarakkan di Sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam Fasa III, berkhidmat untuk masyarakat ... para peseta akan begerak ke daerah yang terdapat di negara ini dan picture di atas adalah suasana yang berjalan sepanjang para peserta begerak ke Daerah Temburong dalam kumpulan ini hanya peserta wakil dari Daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait sahaja yang begerak ke Daerah Temburong. Pelancaran bagi majlis ini di lancarkan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan seterusnya tetamu kehormat menyerahkan bendera kepada wakil peserta bagi tanda bermulanya perarakkan mengelilingi Pekan Bangar Daerah Temburong. Dalam perarakkan ini para peserta juga turut di iringi dengan satu kumpulan Basikal dan Motosikal bagi memeriahkan lagi perarakkan ini.