




Aktibiti Keugamaan - Kerja Kemasyarakatan Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam di selajurkan dengan bertahlil.
Tempat - Tanah Perkuburan Bakut, Batu Apoi Daerah Temburong
Tarikh - Hari Isnin (15hb September 2008)
Aktibiti keugamaan ini adalah salah satu projek tahunan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong yang turut di bantu oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama (Unit Perkuburan) Daerah Temburong dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Temburong.
Seramai 30 orang peserta iaitu terdiri daripada belia-belia Daerah Temburong telah menyertai akibiti ini dan juga pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Temburong. Untuk pergi ke tempat tersebut kami semua telah menaiki Speedboat yang dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temburong yang mana memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan.
Adapun di antara tujuan ini di adakan ialah untuk menggalakkan para belia untuk mengerjakan amal kebajikan dan saling bantu-membantu di antara satu dengan yang lain lebih-lebih lagi di bulan yang mulia lagi mubarak ini di samping itu aktibiti sebegini boleh lagi mengeratkan lagi tali silaturrahim di kalangan yang megikutinya dan secara inda langsung aktibiti ini boleh lagi mengukuhkan lagi kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat.
Di kesempatan ini bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada agensi kerjaan yang terlibat khususnya Jabatan Hal Ehwal Ugama (Unit Perkuburan) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temburong kerana telah memberikan kerjasama yang baik dan diharapkan kerjasama ini akan berpanjangan di masa akan datang.
OUR YOUTH OUR FUTURE - BELIA KITA MASA DEPAN KITA