Musabaqah Tilwatil Qur'an Belia Kebangsaan - Peringkat Akhir (2008)



Program Keugamaan ini adalah salah satu program yang di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam. Program ini berlangsung pada 20hb Ogos 2008 yang mana mengambil tempat di Pusat Pembangunan Belia (PPB) Negara Brunei Darussalam.

Tetamu Kehormat baagi majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud - Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam

Antara Tujuan bagi Program ini ialah :-

1. Sebagai Salah Satu Projek Tahunan Jabatan Belia dan Sukan
2. Untuk Mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Qur'an di kalangan belia di NBD
3. Untuk di jadikan sebagai salah satu 'platform' untuk memilih wakil negara ke Musabaqah Tilawatil Qur'an Beia Asia Tenggara.

Johon Qari - Awangku Md Amorul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki
Naib Hohon Qari - Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya
Ketiga Qari - Awang Syuja'iee bin Mudim Haji Matasim
Keempat - Ahmad Zulwaqar bin Suhaili


Johan Qarian - Dayang Maizatun Nadzeerah binti Haji Awang Md Daud
Naib Johan Qariah - Dayang Hajah Siti Khadijah binti Haji Ibrahim
Ketiga - Dayang Norhafshah binti Pehin Khatib Haji Mustafa
Keempat - Dayang Syaimaa binti Ruslan